Tuesday, March 9, 2010

~BNM~

Semalam kami ahli-ahli MEMBACC menghadiri program bersama BNM "Seminar Pendidikan Matawang".Seminar ini bermula pada 9 MAC 2010 - 10 MAC 2010 dan ia mempunyai dua sesi iaitu sesi 1 dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan sesi 2 dari 2.30 petang hingga 5.30 petang. Bagi kami dari kelas ACB5AC bersepakat untuk menghadiri seminar ini pada 9 MAC 2010 memandangkan kami semua tidak mempunyai kelas pada waktu tersebut. Seminar ini telah disampaikan oleh Encik Sharinoor Sahimi yang menyandang jawatan sebagai Eksekutif Kanan Bank Negara. Seminar ini dijalankan di Bilik AVA, Blok A UiTM MACHANG. Banyak input-input yang berguna telah kami perolehi dari seminar ini. Antaranya adalah ;~

> mengetahui ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas malaysia
> sejarah wang kertas malaysia
>bagaimana membezakan wang kertas tulen dan palsu
> proses pembuatan wang kertas polimer (RM5)
>mengetahui nilai wang sekiranya ditukar dengan BNM jika wang tersebut cacat.
Selain dari informasi yang dinyatakan di atas, kami juga diberikan maklumat sekiranya berminat menjadi sebahagian ahli BNM dan tips menghadapi situasi temuduga. Jutaan terima kasih kami ucapkan pada Encik Sharinoor Sahimi di atas informasi yang cukup berguna untuk kami. Tak dilupakan, bagi semua pihak yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini ;~
*BNM
*Pensyarah Fakulti Perakaunan
*Penasihat MEMBACC
* AJK Persatuan MEMBACC
* Peserta seminar

No comments:

Post a Comment

siapa yang matang?

Siapa yang matang? Bila ada yang kata kau matang bila kau boleh berhadapan dengan orang disaat kau  marah... kecewa... sedih... d...