emosional di pagi hari....

Friday, March 19, 2010
Aku pun tak tahu la kenapa di pagi hari sebegini tetiba perasaan sebegini datang. Bukan aku membenci tapi ianya perit untuk aku merasainya kembali. Terus terang dari hati aku, aku masih ingat pada Dia...kenapa? mungkin pengakhiran itu disebabkan sebab yang kurang jelas untuk aku terima. Tiap detik aku cuba memikirkan mungkin itu adalah jalan yang terbaik buat kami tapi ternyata aku sedar tiap detik itu telah melangkaui 3 tahun...sungguh ia satu jangka masa yang panjang dan ia masih belum cukup untuk aku. Mungkin aku masih berharap sekurang-kurang kami bertemu mahupun berhubung barangkali. Aku masih cuba lagi mencari...mana tahu jodoh kami panjang..tapi aku tidak la berharap hubungan kami terjalin semula...cukuplah jika aku dapat melihat Dia walaupun sekali untuk menghilangkan perasaan terkilan yang berbekas di hati aku ini. Cuma itu yang aku inginkan...Simplan...

Walaupun Dia kerap datang di minda bukan bermakna Dia masih lagi di hati...

0 comments :

Post a Comment

Popular Posts