Sunday, September 25, 2011

memories box

                                                               Assalammualaikum….^^
Sudah lama tak menukil kat blog nie…rasanya dah berhabuk sangat dah kan…Untuk pembuka entry setelah sekian lama, kali ni nak berkongsi tentang satu kisah sebahagian diri aku…Bagi yang dah lama kenal aku, pasti tahu yang aku ni seorang yang pelupa…oleh sebab tu, aku suka simpan barang2 yang aku dapat..tak kisah la dari seseorang ke…dari event ke…ataupun barang yang aku jumpa…sekurang2nya barang2 itu dapat mengingatkan aku tentang sesuatu perkara…
Ader satu cerita yang aku ingat ni tapi samar2 tentang seseorang yang suka simpan pelbagai batu dalam satu balang. Batu2 tu mempunyai kisah peristiwa yang tersendiri. Pelik tapi bagi aku orang ni unik. Biarpun ianya hanya satu citer rekaan pencerita, tapi mesti ader cerita seseorang yang penulis sandarkan sebagai bahan rujuknya kan?
Waktu aku diakhir pengajian diploma, ader seorang teman rapat aku hadiahkan sebuah box buat kami berempat. Di dalamnya terisi satu kad yang berharap moga kotak itu dapat mengisi semua barang yang terselit memori2 indah. Buat pertama kalinya aku terima sebuah kotak untuk kenangan hidup aku…terima kasih yea naim…^^ Nak tgk bagaimana rupa kotak tu? Kotak tu tidaklah cantik tapi sangat ekslusif bagi aku…


Ni la kotak tu…masih elok tersimpan rapi…



1.       keychain terompah bersama Cik Fana waktu kami part one Diploma.^^ 
2.       Keychain memori aku bersama kawan2 sewaktu aku menjalani latihan khidmat Negara di kem cahaya gemilang cherating sesi 2/2006. 
3.      Keychain serta tag PBSM. Ni merupakan aktiviti yang tak pernah aku miss sepanjang tahun diploma aku…^^
4.       Keychain serta gelang kenangan berlima bercuti di Melaka di akhir semester diploma…^^ 
5.       Keychain pemberian Cik Umai sewaktu percutian bersama Cik Ajjar n Cik Mira ke Pulau Pangkor di akhir semester diploma. 
6.       Ole2 pemberian Cik Naim ^^
7.       Kenangan dengan teman satu semester yang tak dapat dilupakan. 
8.       Gelang pemberian poksu waktu teman berjalan2 dengan girlfriendnyer di Cherating. 
9.       Button  kompleks waktu part one diploma.
10.   Hadiah dari Cik Ain Mastura rakan merangkap roommate di SMT Jengka  sewaktu dia pergi lawatan sambil belajar ke KLCC tahun 2004. 
11.   Gelang dari mama buat pembakar semangat menempuhi hari2 getir peperiksaan di SMT Jengka. 
12.   Kenangan dinner part 3 diploma
13.   Keychain sewaktu turut serta dalam aktiviti sukarela asean university games kuala lumpur 2008.

My Memory Box^^
     

No comments:

Post a Comment

siapa yang matang?

Siapa yang matang? Bila ada yang kata kau matang bila kau boleh berhadapan dengan orang disaat kau  marah... kecewa... sedih... d...