Sunday, August 18, 2013

2nd week di bulan syawal

                                                     Asalammualaikum...안녕하세요...

Sedar tak sedar sudah seminggu masuk bulan syawal kan...rasa sekejap je rasanya..hujung minggu di bulan syawal ni pasti ramai yang sibuk pergi bertandang ke open house saudara mara dan sahabat handai...tak lupa juga dengan jemputan ke mjalis kahwin...

Hujung minggu ni aku mengikut rombongan hantar menantu..ni untuk perkahwinan sepupuku...Kak Miza yang ada aku post di entry yang lepas...Kali ni untuk majlis di bahagian pihak pengantin lelaki..terletak di Gerik, PerAk...kalau tak silap aku, di kg. kerunai...kawasan kampung yang berada di kaki gunung...(sgt teruja..disebabkan dah lama teringin nak panjat2 gunung ni...) dengan sungai yang jernih dan pemandangan yang sejuk mata memandang, memang kalau bukan atas sebab majlis kahwin, aku dah plan nak berkhemah dah kat sana... ^^

Pergi bertolak ke Gerik pada hari sabtu bersamaan dengan 18hb Ogos 2013..kami bertolak dengan dua buah kereta dari Prima Damansara pukul 5 pagi..berhenti seketika untuk solat subuh di R &R Tanjung Malim dan sarapan pagi di R & R Tapah...sampai di Gerik pukul 12 tengahari...walaupun kami sampai seperti yang dirancang, namun disebabkan rombongan kereta pengantin yang bergerak dari Taiping tak lagi sampai di Gerik..Kami terpaksa menunggu hampir 2 jam di sana...Selesai majlis, kami bergegas bertolak pulang dari gerik pukul 4.45 petang...sampai di Prima Damansara tepat pukul 12 malam... ^^

Ahadnya pula, aku singgah di rumah Abang Zeli, sepupuku...Orang kata rezeki jangan ditolak...Kak Zila (isteri Abang Zeli) masak Spaghetti... ^^ selepas tu, aku pun bertolak ke Salak Tinggi..kononnya nak beraya di rumah Abang Cik Naim...dalam pukul 12 lebih aku pon sampai di sana..borak punya borak..Cik Naim ajak pula ke Sogo...katanya nak beli Toto...ada sales...kami pon park kereta di ERL Salak TInggi...serius memang nak rambang mata tgk sales toto di sana..kalau gaji dah masuk memang conform aku dah angkat beli jugak...Dah habis shopping kami bertolak pulang dan samapi di ERL Salak tinggi pukul 6.30 petang...Cik Naim ajak rest di rumahnya pula jadi aku pon lepak di sana sampai pukul 11 malam...



No comments:

Post a Comment

siapa yang matang?

Siapa yang matang? Bila ada yang kata kau matang bila kau boleh berhadapan dengan orang disaat kau  marah... kecewa... sedih... d...