Raya Aidilfitri 2013

Monday, August 12, 2013
                                                    Asalammualaikum...안녕하세요...

Berakhirnya Ramadhan, Kemeriahan Syawal pula menjengah tiba...Syawal yang ke 25 di sambut dalam hidupku...Alhamdulillah..masih di beri kesempatan dariNya untuk aku meraikan bersama keluarga tercinta...Amin... ^ ^

Raya kali ni disambut dengan sederhana sahaja mengikut kemampuan...walaupun sederhana namun kemeriahan raya tetap dapat dirasai terutama apabila raya kali ini sanak saudara dari jauh datang ke Pahang disebabkan perkahwinan sepupuku KaK Miza bersama sepupuku juga En. Elias...yang paling bermakna bila tahun ni, alhamdulillah aku dapat menunaikan solat sunat aidilfitri kali ini...rasanya sudah agak lama aku tidak berkesempatan...

Tiap2 tahun pasti segala juadah seperti biskut dan kerepek akan dibuat oleh aku dan mama...tahun ini juga tidak terkecuali...seperti biasa...biskut raya dibuat oleh aku manakala kerepek dibuat oleh mama...bagi biskut raya, pada mulanya aku merancang dalam 5 jenis biskut...namun oleh kerana kekangan masa, aku hanya sempat buat 4 jenis sahaja..iaitu Biskut sarang semut, Almond London, Coklat Oreo Crunchy dan Coklat cornflakes...Kerepek pun tak banyak yang mama buat tahun ini...cuma kerepek pisang, loyang dan tempeyek...

untuk gambar aku post the next entry...so, to be continue....

0 comments :

Post a Comment

Popular Posts