Wednesday, March 10, 2010

Alhamdulillah, akhirnya selepas menjalani tiga sesi, rawatan kanal akar aku selesai. Doktor yang merawat aku cukup baik, lemah lembut, ramah dan yang paling penting adalah membuat aku rasa selesa sepanjang sesi - sesi rawatan aku. Sememangnya adat jenis klinik swasta memberikan layanan yang baik terhadap pelanggan bagi memastikan kepuasan dan keselesaan pesakit mereka. Itu memberikan satu tarikan bagi pesakit untuk datang menerima rawatan selanjutnya.


Untuk sesi rawatan kanal akar, aku dikenakan RM190.00 bermula dari sesi pertama RM90.00, sesi kedua RM 40.00 dan sesi akhir sebanyak RM 60.00. Selepas ini, nampak gaya gigiku itu hanya sebagai hiasan bagi mengekalkan struktur susunan gigiku yang sedia ada. Aku harap ini rawatan kanal akar aku yang pertama dan yang terakhir..amin.

1 comment:

siapa yang matang?

Siapa yang matang? Bila ada yang kata kau matang bila kau boleh berhadapan dengan orang disaat kau  marah... kecewa... sedih... d...