Tuesday, September 28, 2010

Stories da mories


bulan kemerdekaan dah pon lepas...tapi ada benda yang rasa nak share kat cni...setahun di machang...baru nampak FESKEM di sini..walaupon disambut dalam bulan puasa tetap tak mengecewakan dari sokongan pelajar kat cni...dengan kibaran jalur gemilar di sepanjang susur gajah menaikkan lagi Susana kemerdekaan itu sendiri…disamping kad kemerdekaan yang di buat oleh para pelajar di gantung disepanjang susur gajah menampilkan kelainan kemeriahan suasana. Pelbagai saiz dan jenis kad yang ditonjolkan oleh pelajar…ini adalah salah satu daripada kad yang cukup kreatif di sepanjang susur gajah…
 kreatif kan mereka???
Bercakap tentang bulan puasa, ini merupakan kali kedua bulan yang mulia ini di sambut di machang… terselit juga  cerita sedih pabila azan berbuka berkumandang apabila kami terpaksa berbuka dengan Maggie memandangkan tiada persiapan di buat…tetapi itu tidak  mematahkan semangat malah membuatkan aku cuba muhasabah diri…bulan puasa sememangnya mencabar kekuatan mental dan fizikal…alhamdullillah, kesihatan diri tak terjejas…mungkin tuk member laluan supaya aku dapat memperbanyakkan ibadat di bulan mulia…tapi bukan sahaja itu, dengan pelbagai test, kuiz, assignment dan tak lupa kelas yang perlu diganti membuatkan bulan puasa kali ini penuh dengan aktiviti…walaupun sibuk, sempat jugak kami berbuka puasa diluar…setelah di plan oleh wani and the geng, akhirnya aku, zue dan azie pon setuju tuk keluar berbuka puasa di luar walaupun keesokannya kami mempunyai presentation PBL AIS dan screening interview session.
Berbuka puasa di Restoran Selera Tepi Sungai, Tanah Merah...

Disebabkan cuti disini hari jumaat dan sabtu, ditambah pula dengan cuti yang telah dikeluarkan pleh pekeliling bermula 6 haribulan, satu kelas membuat plan untuk bercuti lebih awal dari sepatutnya dengan mohon budi bicara lecturer tuk mengganti lebih kelas supaya kami semua dapat cuti bermula cuti merdeka…saat suma housemateku pulang pada 31 haribulan, aku membuatkan keputusan tuk tinggal 2 3 hari di rumah sedara di tanah merah…pada 1 haribulan 9 baru aku pulang ke mentakab…2 hari bulan pula, sepupuku…sarifudin…anak kepada pakngah family abahku akan berangkat pergi menyambung study ke spain di bawah tajaan MARA selama 4 tahun di sana…aku tak tahu nak menggambarkan bagaimana perasaan aku…tapi sekiranya aku berada di tempatnya pasti sedih tuk tinggalkan family pada waktu2 sebegini…
familyku.....

 bersama sepupuku...
kanan;bersama midah
kiri;bersama yati

Keesokan harinya aku terus bertolak ke jengka….berbuka puasa bersama dengan cik red si fana, linda, ana, ajar, aziem dan sheera…tempat yang menjadi pilhan mesti lah kat pagar….restoran ARZED…Setelah sekian lama tak bertemu, pelbagai cerita dikongsi…

bersama cik red kita....fana...

No comments:

Post a Comment

siapa yang matang?

Siapa yang matang? Bila ada yang kata kau matang bila kau boleh berhadapan dengan orang disaat kau  marah... kecewa... sedih... d...