Friday, October 1, 2010

Jejak Intelektual MEMBACC

Post kali ni nak citer pasal aktivti yang tlh MEMBACC anjurkan iaitu Jejak Intelektual...penyertaan di buka dari bulan puasa lagi...kebetulan waktu tu, terdetik nak lihat papan MEMBACC...lepas je baca notis tu, terus perasaan teruja datang...maklum la, ini pertama kali nk join aktiviti trip ke luar machang...

So, tiba la hari yang di tunggu2...pada 23 hari bulan yang lepas pukul 5 petang, kami pun bertolak dari machang menuju ke KL...sampai di sana dalam pukul 2 pagi, kami terus ke tempat penginapan di Kolej Alamanda...

Keesokan harinya, aktiviti pertama adalah melawat MBSA...namun, di sebabkan pihak MBSA menetapkan had limit peserta ke sana, seramai 26 org tidak dapat turut serta dan aku adalah salah seorang peserta yang tidak dapat pergi ke MBSA...so??? dengan persetujuan pengiring kami, kitaorang pun decide jalan2 di Mid Valley...Puas berjalan2 mencuci mata...(nak shopping p tak cukup budget)...pergi ke MPH, novel Percaya Ada Cinta dibeli...novel ni dah aku baca separuh dari housemate aku time aku keje part time cuti semester hari tu...so, demi nak taw kesudahan cerita, kena la beli...

Tepat kul 2 petang, kami pun bertolak ke tempat aktiviti seterusnya...ke MIA...di sana, kami di beri penerangan tentang MIA dan berkongsi cerita dgn seorang auditor tentang pengalaman beliau...sedikit sebanyak dari ceritanya membuatkan motivasi diri meningkat...malah memberikan aku dorongan supaya dapat bertahan untuk menghabiskan pengajian aku ni...

Habis aktiviti bersama MIA, kami langsung ke i-city Shah Alam...pemandangan di sana sangat cantik...di sinari cahaya jutaan LED berkonsepkan alam flora dan fauna membuatkan pandangan mata tertarik...saat ini, masih terbayang kemilauan cahaya di sana...sungguh menarik...peluang sebegini di tempat yang cantik tidak aku, zu dan azie lepaskan begitu saja...pelbagai gaya, tempat kami rakamkan ke dalam kamera sebagai tanda kenangan...

Pada 25 hari bulan, kami pergi melawat ke kilang SilverBird...Di sana, kami dapat melihat dari dekat proses pembuatan roti dari mula iaitu dari pembuatan doh hingga ke pembungkusan roti...sebelum ke tempat pemprosesan, kami didedahkan dengan sejarah perkenalan roti dan perkembangan roti dari dulu hingga sekarang....tambahan pula dengan adanya Muzium Roti dan ia merupakan MUZIUM ROTI PERTAMA DI DUNIA...sebelum pulang kami diberikan goofy bag yang penuh dengan pelbagai jenis roti keluaran SilverBird...

Selesai je lawatan ke kilang SilverBird, kami sempat ke Jusco Bukit Raja untuk makan dan solat zuhur...dan selepas itu, kami pun terus pulang...tepat pukul 12 tgh mlm, kami pun samapi di Machang....


bersama wani,azie dan zue di perkarangan kolej alamanda


kudapan pagi di McD...

 i - City segala.....

 silver bird.....

(^~^)









No comments:

Post a Comment

siapa yang matang?

Siapa yang matang? Bila ada yang kata kau matang bila kau boleh berhadapan dengan orang disaat kau  marah... kecewa... sedih... d...