Wednesday, July 31, 2013

First Week Puasa

Asalammualaikum...안녕하세요...

Entry yang lepas aku ada cerita yang aku bersama Cik Alis akan balik ke kampung aku kan? So, entry kali ni aku nak cerita sikit pasal perjalanan kami dari hari Jumaat sampai ahad...

Jumaat bersamaan dengan 12 julai 2013, aku dan Cik Alis bergerak dari Bangi memandangkan Cik Alis memang amik cuti pada hari jumaat..Bergerak dari Bangi dalam pukul 6.45 petang...kami berbuka puasa di dalam kereta sahaja..Alhamdullilah, jalan tidak terlalu sesak seperti yang digembar gemburkan oleh opismate2 aku...Disebabkan banyak tempat persinggahan kami..kami tiba di rumah dalam pukul 11 malam....

Keesokannya, dalam lingkungan pukul 9 lebih, aku bersama mama dan Cik Alis bergerak ke destinasi yang telah dirancang..iaitu pasar panas di bandar Jengka...Pasar Panas ni pada mulanya terletak di tengah bandar busat jengka..namun telah beralih lokasi ke kawasan berhampiran kilang Alps...Sebab pertukaran lokasi..aku sendiri tak tahu...hehehe..

Bagi yang tak tahu, apa sebenarnya Pasar Panas ni...sebenarnya Pasar ni tempat berkumpul pemborong/penjual menjual pakaian, tudung dan lain2 dengan harga borong...boleh katakan ala-ala macam Kenanga atau GM..tapi konsep pasar lebih kepada uptown atau downtown..cuma bezanya waktu pasar ini berlangsung...Pasar Panas ni hanya ada pada waktu pagi hingga ke tengahari sahaja...nama pun Pasar Panas kan... ^^

Bagi kami yang pergi ke sana..tudung la yang menjadi sasaran...banyak yang kami beli..ada la lebih kurang 14 helai tudung...hehehe..

Habis membeli belah di Pasar Panas, mama ajak pergi ke Temerloh...beli barang dapur katanya...Balik dari temerloh, dah berkejar menyiapkan makanan berbuka...yang tukang siapkan tu bukan aku..tapi mama...aku pulak, sibuk membasuh keretaku..Maru...hehehe...^^

Malam tu, rancang nak pergi teraweh..tapi aku sekeluarga mendapat perkhabaran yang tak gembira dari adik aku..Hafiz..Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya...Ya Allah..Waktu tu, memang semua orang panik bila dapat tahu...Dengan segera aku bersama Abah dan Cik Alis pergi ke tempat kejadian...



Mujur la adik aku tu tak da apa2 kecederaan dan selamat...cuma kereta yang kene masuk bengkel...Baliik ke rumah selepas tu dalam pukul 1.30 pagi...

Hari ahadnya, aku bertolak balik dalam pukul 10 lebih...sampai di KL, aku hantar sepupuku di Kg. Baru dan Cik Alis di KTM Pantai Dalam...dan aku pun pulang ke rumah...Pukul 3.15 petang, aku selamat sampai dirumah... ^^

No comments:

Post a Comment

siapa yang matang?

Siapa yang matang? Bila ada yang kata kau matang bila kau boleh berhadapan dengan orang disaat kau  marah... kecewa... sedih... d...